Sidang media Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar menyentuh mengenai bencana jerebu yg dihadapi kini, serta tindakan pemantauan dan pencegahan kebakaran hutan.
18 September 2019

Sidang media Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar menyentuh mengenai bencana jerebu yg dihadapi kini, serta tindakan pemantauan dan pencegahan kebakaran hutan.

Beliau turut menekankan mengenai pengukuhan Program Penghutanan Semula di bawah RMKe-12.

Antara intipati utama sidang media:

1. Kementerian telah ambil langkah awal dengan menasihati jabatan berkaitan untuk membuat pemantauan berterusan bagi mengenal pasti kawasan titik panas (hotspots).

2. Pembinaan telaga tiub oleh Jabatan Mineral dan Geosains bagi tujuan pencegahan kebakaran (jumlah semasa telaga tiub 85 buah).

3. KATS dan kerajaan- kerajaan negeri bekerjasama dalam penjagaan hutan bagi tangani isu perubahan iklim dan kestabilan alam sekitar.

4. Di bawah RMKe-12, Kementerian beri keutamaan pada program penghutanan semula (reforestation).

 


Attachments