Delegasi KATS telah menyertai mesyuarat tiga hala Inisiatif Heart of Borneo bertempat di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato' Wan Mazlan bin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, KATS.
Delegasi Malaysia turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tuan Mohd Hanafiah bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd Kassim serta kementerian dan agensi Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan laporan dan kerjasama tiga hala terkini di antara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia dalam pengurusan dan konservasi kawasan Heart of Borneo.


