KATS melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - Dept. of Irrigation and Drainage mengadakan perasmian sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB. Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Tema sambutan Hari Sungai Sedunia Tahun 2019 adalah “Waterways In Our Communities".
Sungai merupakan sumber air tawar utama di Malaysia menyumbang 97 peratus daripada keperluan sumber air negara. Selaras dengan Tema Hari Sungai Sedunia iaitu “Waterways in Our Communities" Kerajaan melalui KATS sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sungai dalam kehidupan. Kepentingan ini mengambil kira tuntutan persekitaran yang semakin dinamik dan kompleks serta harapan masyarakat yang semakin mencabar. Masyarakat disarankan bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan sungai.
#HariSungaiSedunia2019
#KATSMalaysia


