Hutan paya laut mempunyai peranan penting dalam ekosistem kita, termasuk bagi tujuan kestabilan iklim dan benteng semulajadi daripada angin kencang dan ombak kuat dari laut.
Menyedari kepentingan memelihara kawasan hutan paya laut, KATS bersama-sama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2019 hari ini di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah.
Majlis telah disempurnakan YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir dan turut dihadiri Menteri KATS YB Dr. Xavier Jayakumar.
Bagi memelihara dan memulihara kawasan hutan paya laut, Kerajaan telah menjalankan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Bersesuaian di Pesisiran Pantai Negara.
Sehingga Julai 2019, seluas 2,887.63 hektar kawasan pesisiran pantai seluruh negara telah ditanam dengan 6.6 juta pokok di bawah program ini.
#konservasi
#HutanPayaLaut
#KATSMalaysia


