Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar hari ini telah merasmikan Taman Warisan dan melancarkan Sijil Pendaftaran Anak Pokok di FRIM di Kepong.
Taman Warisan dengan keluasan 1.76 hektar ini dibangunkan pada Januari 2017 mempunyai pelbagai spesies tumbuhan endemik di Negeri Selangor.
Menariknya, pokok - pokok ini mempunyai nama sinonim dengan tempat di Selangor seperti pokok Meranti Kepong, Sentul, Kundang, Sepang dan Petaling.
Pembukaan Taman Warisan FRIM ini merupakan usaha mewujudkan hutan komuniti bagi mempertingkatkan kualiti persekitaran dan memanfaatkan masyarakat setempat.
Pada majlis yang sama, Menteri KATS turut melancarkan Sijil Pendaftaran Anak Pokok yang dihasilkan melalui sistem inventori aset hidup tumbuhan FRIM yang mengandungi butiran seperti surat beranak anak pokok untuk rujukan pelanggan. Sistem tersebut membolehkan perolehan bahan tanaman yang sahih terutamanya melibatkan spesies-spesies yang dilindungi undang-undang untuk tujuan perladangan.
#TamanWarisan
#FRIM
#KATSMalaysia

