Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama UiTM Raub pada 16 November 2019 telah menjayakan Program Kempen Kesedaran Biodiversiti 2019.
16 November 2019

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama UiTM Raub hari ini telah menjayakan Program Kempen Kesedaran Biodiversiti 2019.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri KATS, YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji pagi tadi, program ini bertujuan menerapkan semangat cintakan khazanah sumber asli negara khususnya biodiversiti dan hutan.

Ia juga adalah bagi memberikan kesedaran mengenai kepentingan hutan dan biodiversiti kepada segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang merupakan generasi yang akan mewarisi khazanah sumber asli negara ini di masa akan datang.

Sebanyak 50 anak pokok dari pelbagai jenis pokok hutan ditanam dalam program tersebut. Aktiviti ini mendedahkan para pelajar akan keunikan dan keistimewaan spesies pokok - pokok hutan kita. 

#KempenKesedaranBiodiversiti
#KATSMalaysia






Attachments