Menteri Tenaga dan Sumber Asli adakan lawatan ke Ibu Pejabat TNB
02 April 2020

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah  telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Wilayah Selatan dan Metro (MSRCC) dan Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (National Load Dispatch Centre atau NLDC) di Ibu Pejabat TNB Bangsar pada 22 Mac 2020.

Lawatan tersebut bertujuan bagi meninjau kesiapsiagaan bekalan elektrik di Semenanjung dalam menghadapi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020.

Berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, YB Menteri yakin dengan persiapan dan usaha TNB bagi memastikan bekalan elektrik stabil dapat dinikmati oleh semua pengguna.


 
 
               ​


Attachments