SUMBANGAN DANA KETSA BANTU HIDUPAN LIAR DI ZOO NEGARA
13 April 2020

​Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah melawat ke Zoo Negara Malaysia pada 13 April 2020 bagi menyerahkan suntikan dana berjumlah RM1.3 juta sebagai usaha membantu operasi yang terjejas sepanjang tempoh #PerintahKawalanPergerakan, khususnya dalam menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar.

Selain Zoo Negara, operasi Zoo dan Pameran Tetap Hidupan Liar (ZPT) lain di seluruh negara turut terjejas teruk kerana kos operasi bergantung sepenuhnya daripada hasil kutipan tiket.

Kerajaan telah mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti ZPT yang terjejas dan implikasi kos yang terlibat.

KeTSA komited untuk membantu kesemua ZPT yang terjejas dalam tempoh PKP ini dan sedang berusaha untuk menyalurkan dana dalam masa terdekat bagi tujuan ini.

Langkah ini penting bagi menjamin kebajikan spesies hidupan liar yang ada di ZPT serta memastikan kelangsungan operasi ZPT yang mempunyai lebih daripada 1,058 orang pekerja.

#PerintahKawalanPergerakan
#KitaJagaHidupanLiar

​​​

Attachments