Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menghadiri sesi taklimat di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 20 April 2020 dan diberi penerangan berhubung peranan dan fungsi jabatan.
YB Menteri turut melawat Pusat Pemantauan Sumber Hutan JPSM dan diberikan taklimat mengenai operasi pusat pemantauan tersebut.
Turut hadir ke sesi taklimat tersebut ialah YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha KeTSA.

