Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

10 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

7

Soalan

Datuk Aaron Ago anakDagang [ Kanowit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah serta usaha yang diambil oleh pihak Kementerian dalam memperkasakan lagi kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar di Malaysia terutamanya pencemaran sungai kerana air adalah sumber utama kehidupan.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

 

Untuk makluman  Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini melalui  Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai usaha untuk memperkasakan dan memantapkan lagi kesedaran orang ramai terhadap penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Semua usaha pemerkasaan ini dibuat secara berterusan melalui medium ceramah, road show, pameran, bengkel dan hebahan melalui media massa, elektronik dan media cetak yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran terutamanya dikalangan komuniti tempatan, industri dan stakeholder. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dan memberi impak yang tinggi dari aspek kerjasama dan kesedaran khususnya kepada masyarakat tempatan ialah program Rakan Alam Sekitar bersama komuniti di Kawasan-kawasan Parlimen sejak tahun 2009.

 

Melalui program RAS, pelajar sekolah diberi pendedahan kepada kaedah penentuan kualiti air dengan menggunakan alatan dan penyukatan parameter yang terlibat dalam penentuan kelas-kelas sungai di Malaysia seperti di Terengganu (Sg.  Terengganu), Melaka (Sg  Melaka), Putrajaya (hilir empangan Putrajaya),  Johor ( Sg Skudai) dan lain-lain. 

 

Selain itu, Kementerian melalui JAS juga telah memperkenalkan program Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar bersama komuniti setempat yang bertindak sebagai medium penyebaran maklumat berkenaan alam sekitar  disamping menambah ahli RAS.  Program ini telah diadakan  di beberapa tempat antaranya di:

      1. Sg. Relau, Taman Negara Merapoh, Pahang;
      2. Air Terjun Ranchan, Serian Sawarak;
      3. Sg. Merbuk, Kedah; dan
      4. Lembah Danum, Sabah.   ​

Sekian, terima kasih.

Attachments