Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

10 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

37

Soalan

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan Kerajaan untuk menangani masalah banjir dan banjir kilat "flash flood" yang sering berlaku di Sibu terutama di kawasan Sentosa, Tekam, Lanang, Hua Kiew dan sebagainya yang berada di kawasan Parlimen Lanang.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman  Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk melaksanakan sambungan projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sibu Fasa 3. Buat masa ini kerajaan sedang dalam proses perlantikan perunding sebelum kerja-kerja rekabentuk terperinci dapat dilaksanakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kawasan yang disebutkan seperti Tekam, Lanang dan Hua Kiew akan dilindungi daripada masalah banjir besar (regional flood) dan banjir kilat (flash flood) kerana kawasan tersebut termasuk dalam lingkungan kawasan projek.

Kawasan Sentosa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat berada berada di luar kawasan projek kerana lokasinya berada di kawasan sub-tadahan (sub-catchment) yang berlainan. Buat masa ini, masalah banjir di kawasan berkenaan sukar diselesaikan akibat masalah mendapan tanah gambut yang dalam (ground subsidence). Sehubungan itu, Kerajaan akan mengkaji kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan berkenaan sebelum cadangan penyelesaian dapat dikemukakan. Bagi langkah jangka masa pendek, agensi berkepentingan seperti Majlis Perbandaran Sibu, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Residen dan Daerah akan meneruskan jalinan kerjasama bagi menyelenggarakan saliran dan jalan raya untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan. 

Sekian, terima kasih.

 

Attachments