Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

10 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

54

Soalan

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan terkini program mitigasi banjir di daerah Penampang, khususnya peringkat pelaksanaan/ penyiapan dan jumlah peruntukan yang terlibat dari tarikh pelaksanaan hingga bulan Febuari 2016 dan jika ada rancangan yang berkaitan dengan mitigasi banjir di Moyog dan Kepayan, Penampang. 

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, telah diperuntukkan sebanyak RM29 juta di bawah RMK11 bagi projek sambungan Rancangan Tebatan Banjir Pelbagai Negeri Sabah. Projek yang melibatkan kawasan Penampang adalah seperti berikut:

  1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Petagas (Kampung Tebongon Putatan) dengan kos projek berjumlah RM8,094,780.00 yang telah siap sepenuhnya;
  2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Darau (Kg. Pulutan) dengan kos projek RM13,999,115.00 yang telah mencapai 81.50%; dan
  3. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kibabaig dengan kos projek RM9,294,850.00 yang telah mencapai 65% siap.

    Bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan Moyog dan Kepayan, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2.975 juta bagi tahun 2016 dan RM17 juta bagi tahun 2017 untuk program Rancangan Tebatan Banjir di Sabah. Ianya meliputi Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog dan projek Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu.
     
    Pelaksanaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog dijangka bermula dalam pertengahan tahun ini. Untuk projek Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu, Mesyuarat Makmal Kajian Nilai (VA) dijadualkan pada bulan Mei ini sebelum melaksanakan proses panggilan tender.
    Sekian, terima kasih.
Attachments