Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

14 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

1

Soalan

Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesesuaian Dasar Kepelbagaian Biologi 1998 dalam memacu usaha konservasi biodiversiti negara.

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Tempoh pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 yang berlandaskan pemeliharaan dan pemuliharaan telah berakhir pada 2015. Dasar tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara pencapaian utama di bawah Dasar tersebut adalah penubuhan institusi-institusi berkaitan pengurusan biodiversiti seperti berikut:

(a). Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)-2004;

(b). Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)-2007;

(c). Jabatan Biokeselamatan (JBK)-2008;

(d). Sarawak Biodiversity Corporation (SBC)-1998; dan

(e). Sabah Biodiversity Centre (SaBC)-2000.

Negara juga telah berjaya mengekalkan litupan hutan melebihi 50% pada masa ini, memenuhi komitmen negara yang telah dibuat semasa Persidangan Rio Earth Summit pada tahun 1992. Selain itu, negara mempunyai rangkaian kawasan perlindungan terestrial sebanyak lebih kurang 13% dan marin sebanyak 1.4%.

Selain itu, strategi yang digariskan dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 yang telah dicapai antaranya:

(a). Strategi 5: memperkukuh dan mengintegrasikan program pemuliharaan

- Pelbagai program dan inisiatif telah diwujudkan antaranya seperti Inisiatif Heart of Borneo (HOB), Projek Central Forest 3

Sprine (CFS) dan Program Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara.

(b). Strategi 6: mengintegrasikan pertimbangan kepelbagaian biologi ke dalam strategi perancangan sektor

- Mengarusperdanakan biodiversiti dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) di mana di bawah elemen biodiversiti terkandung dalam objektif RFN Ke-2 iaitu mengoptimum penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan mampan dan pemeliharaan biodiversiti. Dasar RFN 23 telah menyatakan bahawa Central Forest Spine (CFS) akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian kawasan sensitif alam sekitar.

Pada 17 Februari 2016, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025. Dasar baru tersebut telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 Februari 2016.

Dasar baru ini telah dibentuk bagi memenuhi keperluan pengurusan biodiversiti semasa negara yang semakin mencabar dan kompleks. Antara isu baru yang perlu ditangani adalah seperti akses kepada sumber biologi dan perkongsian faedah, spesies asing berbahaya (invasive alien species-IAS) dan penggunaan dan pengeluaran secara lestari (sustainable consumption and production-SCP).

Di samping itu, Dasar ini juga memenuhi obligasi negara di peringkat antarabangsa, khususnya di bawah United Nations Convention on Biological Diversity (CBD). Pernyataan Dasar baru ini adalah "Malaysia 4

komited untuk memulihara sumber biologinya, menggalakkan penggunaan sumber biologi secara lestari serta memastikan faedah yang terhasil daripada penggunaan sumber biologi dikongsi secara adil dan saksama".

Berbeza dengan Dasar terdahulu, Dasar baru ini menggariskan 5 matlamat pengurusan biodiversiti, 17 sasaran kebangsaan serta 57 pelan tindakan untuk dilaksanakan sepanjang 10 tahun pelaksanaannya dari 2016-2025.

Sekian, terima kasih.

Attachments