Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

1

Soalan

Minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan strategi dan langkah-langkah yang diambil agensi seperti FRIM sebagai institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dalam hutan asli daripada ancaman kehilangan serta kepupusan.

Jawapan

 

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui FRIM telah melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi menerajui usaha negara dalam menangani kepupusan spesies flora berpandukan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. Antarastrategi-strategi yang dilaksanakan olehFRIM untuk memelihara serta memulihara pokok-pokok dalam hutan asli daripada ancaman kehilangan serta kepupusanialah seperti berikut:

i. Penambahbaikanpengetahuan saintifik bagi pengurusan dan pembangunan lestari biodiversiti hutanterutamanyadalam aspek:

a. Dokumentasi flora bagi pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti hutan;

b. Pengawasan penyakit hutan bagi memastikan ekosistem yang sihat;

c. Pemuliharaan sumber genetik hutan melalui pemahaman genetik populasi, filogenetik, filogeografi dan kesan perubahan iklim terhadap sumber genetik hutan terpilih; dan

d. Pengurusan dan pemuliharaan lestari sumber-sumber hutan termasuk sumber air dan stok karbon.

ii. Pemindahan maklumat dan teknologi kepada pihak-pihak berkepentingan.

3

FRIM juga mengambil langkah-langkah berikut bagi pelaksanaan strategi pemuliharaan spesies tumbuhan terancam;

i. Dokumentasi kepelbagaian tumbuhan di Semenanjung melalui projek Flora of Peninsular Malaysia;

ii. Dokumentasi kepelbagaian pokok di Sabah dan Sarawak melalui projek Tree Flora of Sabah & Sarawak;

iii. Penambahbaikan portal maklumat kepelbagaian biologi melalui projek Malaysian Clearing House Mechanism;

iv. Pelaksanaan penilaian status pemuliharaan melalui projek Red Listing of Threatened Plants of Malaysia;

v. Pengenalpastian Important Plant Areas bagi Semenanjung;

vi. Pengurusan perosak pokok, penyakit dan rumpai dalam ladang hutan;

vii. Projek kerjasama Central Forest Spine;

viii. Penghasilan garis panduan bagi pemuliharaan sumber genetik hutan yang terpilih;

ix. Penghasilan garis panduan pemindahan bahan tanaman sumber genetik hutan yang terpilih; dan

x. Pewujudan Bank DNA untuk sumber genetik hutan di Malaysia.

FRIM juga bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam penubuhan dan pengurusan kawasan Hutan Pemeliharaan Nilai Tinggi (High Conservation Value Forests-HCVF); kerjasama dengan Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) bagi merangka prekrispsi pengurusan spesies flora dalam kawasan HCVF; 4

serta kerjasama dengan pihak luar seperti universiti dan syarikat dalam pemuliharaan spesiesserta habitatflora terancam.

Selain itu, dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok hutan asli, FRIM turut bekerjasama dengan ITTO-CITES bagimenangani isu pengusahasilan karas yang kurang lestari di Semenanjung; mewujudkan pangkalan data atas talian (online) bagi kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan di Malaysia (http://www.chm.frim.gov.my/)yangmengandungi status pemuliharaan spesies tumbuhan terpilih; sertamembentuk kaedah pemuliharaan bagisemua jenis hutan terosot termasuk hutan darat, hutan paya laut dan hutan paya gambut. Kajian juga dibuat untuk melindungi pesisiran pantai daripada terhakis melalui penanaman pokok bakau serta spesies lain yang sesuai.Kawasan FRIM sendiri menjadi habitat kepada 71 daripada 92 spesies yang terancam. Senarai 92 spesis terancam ini telah didokumentasikan dalam buku terbitan FRIMpada tahun 2010iaitu Malaysia Plant Red Listyang menyenaraikansemua spesis flora yang terancam.

Sekian, terima kasih.

Attachments