Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli yang berhormat, Kementerian ini sentiasa menyokong usaha untuk menggalakan penggunaan biomas bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan organik yang akan dilupuskan dan seterusnya dapat mengurangkan sumber pelepasan gas rumah kaca (GHG) ke udara. Penggunaan biomas oleh mana-mana sektor industri perlulah mematuhi semua kehendak perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 yang sedang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar (NRE).
Sekian, terima kasih