Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

17 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

20

Soalan

Tuan Teo Kok Seong (Rasah) minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) di manakah kilang nadir bumi Lynas membuang sisa toksik; dan

(b) mengapakah Pusat Kualiti Alam, Bukit Nenas di Negeri Sembilan dibenarkan untuk memproses sisa tosik/radioaktif dari Lynas

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) Buangan terjadual (sisa toksik) yang dikeluarkan oleh Lynas dilupuskan di Premis Yang Ditetapkan (PYDT) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
(b) Lynas tidak dibenarkan menghantar buangan radioaktif ke Kualiti Alam Sdn Bhd (KASB) untuk dilupuskan. Buangan yang dihantar oleh Lynas ke KASB adalah buangan terjadual yang terdiri daripada buangan cat, buangan minyak, bekas dan sarung tangan tercemar dan juga enapcemar logam.
Sekian, terima kasih

Attachments