Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerja-kerja pembinaan benteng hakisan ombak Pantai Sabak hingga ke Pantai Cahaya Bulan telah siap dilaksanakan pada Mac 2015. Sambungan kerja-kerja pengawalan hakisan dari Pantai Cahaya Bulan hingga ke Kuala Besar akan dilaksanakan dalam RMK ke11 mulai tahun 2016.
Sekian, terima kasih.