Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah cadangan tembatan banjir di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang akan dibina kerana kesan limpahan air Sungai Golok setiap tahun merugikan penduduk tempatan.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok telah diluluskan sebanyak RM300 juta dalam RMKe-11. Kerja pembinaan ban tebatan banjir di hilir Sungai Golok iaitu dari Pengkalan Kubur ke Jambatan Sungai Lanchang dijangka akan dilaksanakan pada Ogos 2016.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelaksanaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dalam RMKe-11 hanya melibatkan kawasan jajaran di hilir Sungai Golok. Secara keseluruhannya, sebanyak RM1.1 billion diperuntukkan untuk 3 fasa (RMke-11, RMKe-12 dan RMKe-13) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments