Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

52

Soalan

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a)     senarai syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti oleh Singapura dan Indonesia sebagai terlibat dalam pembakaran terbuka yang menyumbang kepada jerebu pada tahun 2015; dan

(b)     apakah tindakan yang akan diambil terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan krisis jerebu tahunan ini. 

 

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

(a)     Pada masa kini, pihak Kementerian tidak mempunyai maklumat mengenai syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti oleh Singapura dan Indonesia sebagai terlibat dalam pembakaran terbuka yang menyumbang kepada jerebu pada tahun 2015.

(b)     Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan undang-undang bagi mengawal pembakaran terbuka yang menyebabkan masalah jerebu seperti mana yang termaktub dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 hanya terpakai bagi kesalahan yang dilakukan dalam negara dan tidak meliputi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat milik Malaysia yang beroperasi di luar negara.  Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa bersedia untuk berkerjasama dengan Kerajaan Indonesia sekiranya pihak Indonesia dapat mengenal pasti syarikat-syarikat yang terlibat.   

Sekian, terima kasih.


Attachments