Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

57

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kelulusan peruntukan RM997 juta bagi mengatasi masalah perparitan dan banjir di negeri ini. Sekiranya ditolak, berikan sebabnya. Senaraikan jumlah peruntukan bagi permasalahan sama yang diberikan kepada negeri-negeri lain sejak tahun 2010 hingga kini. Apakah kriteria dan syarat yang diteliti.

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan projek baru Tebatan Banjir di Pulau Pinang dalam RMKe-11 berjumlah RM997 juta tidak dapat dipertimbangkan kerana :-

1.   Peruntukan RMKe11 tertumpu kepada RTB kepada kawasan-kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang teruk dilanda banjir terutamanya pada akhir tahun 2014 yang lalu;

2.   Sebahagian besar peruntukan RMKe-11 Kementerian adalah untuk projek-projek sambungan RMKe-10, termasuk RTB Tasek Gelugor yang sedang dalam pembinaan dan telah mempunyai komitmen kontraktual;
 

3.   Di bawah RMKe-10 dan dalam Rancangan-rancangan Malaysia Lima Tahun sebelumnya, Kementerian telah melaksanakan projek RTB di Pulau Pinang seperti RTB Sungai Perai dengan peruntukan sebanyak RM195.2 juta, RTB Bandar Pulau Pinang sebanyak RM3.5 juta, RTB Sungai Junjung RM10 juta, Sg. Bertam sebanyak RM158.4 juta dan di Seberang Perai RM21 juta.
 

4.   Isu banjir yang masih berlaku di kawasan-kawasan yang dipohon lebih kepada isu banjir kilat. Pelaksanaan projek bagi isu banjir kilat di kawasan perbandaran terletak dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments