Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

19

Soalan

Dr. Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk merealisasikan Kuala Gula sebagai satu Tapak Ramsar memandangkan Kementerian baru-baru ini telah menyatakan untuk membantu negeri Perak mengkaji membangunkan santuari burung di hutan paya bakau Kuala Gula dan apakah usaha serta bajet yang diperuntukkan untuk memantau semua Tapak Ramsar di negara contohnya Tasek Bera dan Tanjung Piai supaya dipulihara dan digunakan secara lestari.

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar amat prihatin dengan konservasi hidupan liar di negara ini termasuklah spesies-spesies burung hijrah yang singgah di Kuala Gula pada setiap tahun. Kementerian akan membantu Kerajaan Negeri dalam membangunkan Kuala Gula sebagai santuari burung hijrah. Beberapa tindakan telah diambil dalam usaha konservasi burung hijrah di Kuala Gula seperti berikut:

i. Memperkukuhkan perlindungan burung-burung hijrah di peringkat antarabangsa dengan menyertai East Asian-Australasian Flyway Partnership (EAAFP) dan Malaysia telah diterima sebagai negara anggota EAAFP Ke-28 pada 20 November 2012.

ii. Kementerian dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Institut Darul Ridzuan sedang dalam usaha untuk menjadikan Kuala Gula sebagai Flyway Network Site. Bako Buntal Bay di Sarawak merupakan Flyway Network Site yang pertama di Malaysia.

iii. Pada tahun 2015, Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Tourism Malaysia telah mencadangkan Kuala Gula sebagai salah satu destinasi untuk pelancongan burung. Cadangan ini adalah untuk menyokong usaha pihak Tourism Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan burung yang digemari di dunia.

3

Kementerian sentiasa komited dalam memastikan kelestarian kawasan berkepentingan antarabangsa termasuk tapak Ramsar melalui penyaluran peruntukan RMKe-11 di bawah Skop Pengurusan Kawasan Berkepentingan Antarabangsa berjumlah RM1.4 juta. Antara aktiviti dan program yang akan dilaksanakan ialah kajian inventori dan penyediaan profil kawasan berkepentingan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Attachments