Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

35

Soalan

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dalam mengatasi banjir yang dialami seperti yang melanda Kuching pada bulan Febuari 2016. Senaraikan jika ada, langkah yang akan diambil dari segi jenis projek, kos, jangka masa siap mahupun perlaksanaan.

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa buah projek tebatan banjir (flood mitigation) yang dilaksanakan di Kuching berkesan dalam mengurangkan banjir. Antaranya ialah Rancangan Tebatan Banjir Bau, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padungan dan Rancangan Tebat​an Banjir Sungai Maong Paroh di Jalan Matang.

Bagi mengatasi banjir di Bandaraya Kuching, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merancang pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Bandaraya Kuching. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.6 billion. Antara komponen yang terlibat ialah;-

1) pembinaan lencongan pintasan banjir sepanjang 8km dari Sungai Sarawak ke Sungai Batang Salak;

2) pembinaan pintu air,

3) pembinaan baraj & laluan kapal,

4) pembinaan jambatan di Jalan Matang,

5) pembinaan jambatan di Jalan Federal Administrative Centre (FAC), dan

6) pembinaan tambak, ban dan laluan jalan.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM148 juta untuk membina lencongan pintasan banjir sepanjang 2km yang telah siap dilaksanakan

semasa RMKe-9 melalui projek Rancangan Tebatan Banjir Bandaraya Kuching Fasa 1. Dalam RMKe-10 pula, sebanyak RM80 juta telah dibelanjakan untuk pengambilan balik tanah dan kerja-kerja rekabentuk terperinci melalui Rancangan Tebatan Banjir Bandaraya Kuching Fasa 2.

Dalam RMKe11 pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi meneruskan pelaksanaan projek berkenaan melalui Rancangan Tebatan Banjir Bandaraya Kuching Fasa 3. Tempoh pelaksanaan projek berkenaan dianggarkan selama lima (5) tahun untuk Fasa 3.

Memandangkan fenomena banjir di bandaraya Kuching yang semakin kritikal, Kementerian ini sedang mempertimbangkan kaedah pelaksanaan projek RTB menggunakan pendekatan PPP (Public Private Partnership)

Sekian, terima kasih.

Attachments