Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

27

Soalan

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian menetapkan syarat sesebuah lesen kejuruteraan sumber mineral untuk melayakkan operasi sesebuah kuari itu dijalankan

Jawapan

 

Ahli Yang Berhormat,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti pengkuarian tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Kuari di bawah Kanun Tanah Negara untuk mengawalselia operasi pengkuarian bagi negeri-negeri seperti Pahang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Dalam hal ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) adalah agensi teknikal yang bertanggungjawab bagi mengawalselia dan memastikan operasi pengkuarian dijalankan dengan selamat dan mengikut amalan kejuruteraan sebenar serta penjagaan terhadap alam sekitar berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kuari Negeri.

Aktiviti pengkuarian hanya boleh dijalankan setelah suatu skim operasi pengkuarian yang komprehensif disediakan oleh konsultan kuari dan mendapat kelulusan daripada JMG melalui Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK). Antara perkara yang dipertimbangkan di dalam skim operasi pengkuarian adalah merangkumi aspek-aspek berikut:

(i) Kawasan yang hendak diekstrak;

(ii) Kawasan pengedalian hampas;

(iii) Langkah-langkah kawalan habuk, bunyi dan gegaran; dan

(iv) Sistem pengairan bagi mengawal hakisan.

SKSK yang dikeluarkan akan disertakan dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha kuari dalam menjalankan operasi pengkuarian.

Sekian, terima kasih.

Attachments