Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

49

Soalan

​Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan projek tebatan banjir di seluruh negeri Sabah, terutama di Parlimen Tenom dan apakah perancangan masa depan bagi projek tebatan banjir ini.

Jawapan

​Tuan Yang-diPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), telah diperuntukkan sebanyak RM29.0 juta untuk program Rancangan Tebatan Banjir Pelbagai Negeri Sabah pada tahun 2016 yang merangkumi kawasan Penampang, Beaufort dan Keningau yang merupakan projek sambungan dari RMKe-10. Namun begitu, setelah mengambilkira keperluan sebenar projek bagi negeri Sabah pada tahun 2016, peruntukan tersebut telah diselaraskan semua kepada RM13 juta yang merangkumi kawasan Penampang, Beaufort dan Keningau.

Status terkini bagi program Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pelbagai Negeri Sabah adalah seperti berikut:

1. RTB Sungai Petagas (Kampung Tebongon Putatan) dengan kos projek berjumlah RM100,000.00 telah siap sepenuhnya;

2. RTB Sungai Darau (Kg Pulutan) dengan kos projek RM4.1 juta telah mencapai 83.30%;

3. RTB Sungai Kibabaig dengan kos projek RM3.7 juta telah mencapai 65%;

4. RTB Lembangan Sungai Padas Beaufort dengan kos projek berjumlah RM4.7juta telah mencapai 63.5%; dan

5. RTB Keningau yang melibatkan Kerja Penstabilan Tebing Sg Pegalan di Durok dan di Kg Kepayan Baru, kedua-duanya telah mencapai kemajuan 99% siap – RM400,000.00

Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM377 juta bagi 3 buah projek baru di dalam RMKe-11 yang terdiri daripada projek-projek berikut:

1. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah – RM281 juta

2. RTB Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu – RM76 juta

3. RTB Sg. Gurong- Gurong , Lembangan Sg Gurong-Gurong Pekan Kota Belud, Kota Belud Sabah – RM20 juta

Bagi kawasan Tenom, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah menjalankan satu kajian Pelan Induk Sungai Padas yang mana telah mencadangkan beberapa langkah-langkah penambahbaikan dan kaedah pengurusan dataran banjir Sungai Padas yang lebih efisien dan turut merangkumi kawasan Parlimen Tenom. Hasil kajian berkenaan telah mencadangkan pembinaan flood wall dan flood bund. Cadangan-cadangan tersebut ini telah dikemukakan dan dipohon dalam Projek Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11) melalui skop Rancangan Tebatan Banjir Pekan Tenom untuk dipertimbangkan bagi tujuan mendapatkan peruntukan seterusnya membolehkan pelaksanaan projek berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Attachments