Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

28

Soalan

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian memantau keperluan kajian alam sekitar dalam kerja-kerja penambakan kawasan pantai dan memastikan kerja mengikut peraturan ditetapkan (sequence) apabila dilaksanakan.

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti penambakan kawasan pantai atau penebusgunaan kawasan pantai merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Pemaju projek dikehendaki menyediakan laporan EIA dengan menjalankan kajian impak ke atas isu-isu kritikal alam sekitar. Laporan EIA tersebut hendaklah mengandungi cadangan langkah-langkah pencegahan dan kawalan punca pencemaran yang berkesan, program pemantauan alam sekitar dan jadual aktiviti pelaksanaan projek di semua peringkat pembangunan projek.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas projek berdasarkan kepada jadual berkala bagi memastikan semua syarat-syarat kelulusan Laporan EIA yang telah diluluskan dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju projek.

Sekian. Terima kasih.

Attachments