Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada projek penebatan banjir (flood mitigation)di Kuching berkesan dalam menghadapi banjir yang terkini dan apakah ianya perlu ditambah daripada segi nilai peruntukan atau dikembangkan untuk meliputi lebih banyak kawasan.

Jawapan

 

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,beberapa buah projek tebatan banjir (flood mitigation)yang dilaksanakan di Kuching berkesan dalam mengurangkan banjir. Antaranya ialah Rancangan Tebatan Banjir Bau, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padungan dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Maong Paroh di Jalan Matang. Projek-projek ini dilaksanakan dalam RMKe-9.

Dalam RMKe-10,sebanyak RM80 juta telah dibelanjakan untuk pengambilan balik tanah dan kerja-kerja rekabentuk terperinci melalui Rancangan TebatanBanjir Bandaraya Kuching.

Dalam RMKe11 pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi meneruskan pelaksanaan projek berkenaan melalui Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Sarawakuntuk menaiktaraf sistem saliran di kawasan-kawasanKuarters Kerajaan Persekutuan di Jalan Durian Burung, Taman Uni Garden dan di SK Jalan Muara Tuang di Kota Samarahan dan Kg. Lintang di Sg. Bedil, bagi mengelakkan kejadian banjir yang disebabkan sistem saliran yang tidak sempurna.

Bagi mengatasi banjir di Bandaraya Kuching, projek tebatan banjir yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan bagi melindungi kejadian banjir

yang disebabkan limpahan air sungai dan juga air pasang.Kementerianmelalui Jabatan Pengairan dan Salirantelah merancang pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Bandaraya Kuching. Projek ini akan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.6 billion yang akan dipohon dalam Rolling PlanRMKe-11 yang akan datang. Antara komponen yang terlibat ialah:

1) pembinaan lencongan pintasan banjir sepanjang 8km dari Sungai Sarawak ke Sungai Batang Salak;

2) pembinaan pintu air,

3) pembinaan baraj & laluan kapal,

4) pembinaan jambatan di Jalan Matang, pembinaan jambatan di Jalan Federal Administrative Centre (FAC), dan

5) pembinaan tambak, ban dan laluan jalan.

Sekian, terima kassih.

Attachments