Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

34

Soalan

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada tindakan diambil terhadap operator insinerator Pangkor dan Cameron Highland yang tidak mematuhi piawaian menyebabkan perlepasan gas toksik dan percemaran (leachate) berterusan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bahawa insinerator di Pulau Pangkor mematuhi kehendak perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Bagi insinerator di Cameron Highlands, pihak JAS telah mengeluarkan Notis Arahan supaya operator loji insinerator meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran di insinerator tersebut. Pemantauan rapi sedang dilaksanakanoleh JAS bagi memastikan pihak operator mematuhi Notis yang telah dikeluarkan.

Notis Arahan dikeluarkan kepada pihak operator kerana loji insinerator tersebut telah menghadapi masalah semasa operasi. Antara masalah yang telah dikenalpasti adalah gangguan bekalan letrik yang selalu terputus, pembakaran yang tidak lengkap (incomplete combustion) dan pengurusan loji rawatan sisa air buangan yang boleh mengakibatkan pelepasan asap hitam dan masalah leachate.

JAS masih meneruskan pemantauan rapi ke atas kedua-dua insinerator berkenaan bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS 1974.

Sekian, terima kasih.

Attachments