Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemuliharaan kepelbagaian biologi termasuk flora dan fauna di Malaysia adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah diterimapakai di peringkat persekutuan dan negeri.
2. Perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang menyentuh tentang pengurusan alam sekitar dan sumber asli dinyatakan dalam Bab 20 iaitu Environment Chapter, dengan izin. Bab ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan hubungan di antara perdagangan dan alam sekitar adalah saling menyokong (mutually supportive). Salah satu obligasi utama di dalam Bab Alam Sekitar adalah untuk menguatkuasakan semua undang-undang alam sekitar secara efektif.
3. Penguatkuasaan undang-undang memerlukan komitmen yang tinggi dan pengurusan sumber manusia. Dalam hal ini, Kementerian sedang mengkaji keperluan sumber manusia khususnya jumlah anggota penguat kuasa di semua jabatan/agensi di bawah Kementerian yang terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan. Beberapa siri perbincangan telah dibuat bagi menyediakan kertas cadangan penstrukturan semula.
4. Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan, Kementerian turut Kementerian ini komited untuk memastikan semua keperluan untuk melaksanakan TPPA dikaji secara
3 holistik dan ditangani sewajarnya supaya semua obligasi terhadap TPPA dapat dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.