Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

54

Soalan

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan selain daripada projek tebatan banjir, apakah mekanisme baru dan langkah-langkah khusus yang diambil Kerajaan untuk mengatasi masalah banjir bagi tempoh jangka panjang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kaedah utama dalam usaha-usaha Kerajaan untuk menangani masalah banjir iaitu Langkah Struktur (Structural Method) dan Langkah Bukan Struktur (Non-Structural Method). Projek Tebatan Banjir yang dijalankan adalah salah satu mekanisma dalam langkah struktur. Ia kebiasaannya melibatkan kerja-kerja mendalam, melebar dan meluruskan sungai, pembinaan kolam takungan, empangan dan benteng sungai.

Selain daripada langkah struktur, pendekatan bukan struktur melalui kajian penyelidikan dan pembangunan (R & D) boleh digunapakai dalam usaha jangka panjang. Melalui kajian yang dijalankan oleh NAHRIM pada 2014 iaitu Penyelidikan Ke Arah Banjir Sifar di Tadahan Sungai Kerayong, pengaplikasian sistem penuaian air hujan (Rainwater Harvesting) di kawasan perumahan dan premis industri, kadar alir puncak boleh dikurangkan sebanyak 39% manakala pengurangan kadar alir puncak sebanyak 50% boleh dicapai dengan penggantian bahan mudah telap air dan berliang (pervious surfaces) di ruang terbuka seperti tempat letak kereta atau kaki lima.

Sekian, terima kasih

Attachments