Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

31 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

3

Soalan

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana sebarang bahaya daripada genetically modified organism atau GMO dapat dielakkan memandangkan Malaysia masih lagi bergantung kepada pengimportan makanan haiwan yang diubahsuai secara genetik.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Hampir 68 peratus daripada Genetically Modified Organism (GMO) yang diluluskan di Malaysia adalah untuk penggunaan sebagai makanan dan makanan haiwan. Namun demikian, sebarang pengimportan adalah tertakluk kepada pematuhan Akta Biokeselamatan 2007.

Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] memperuntukkan hanya GMO yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Bio Keselamatan Kebangsaan dibenarkan untuk diimport. Kelulusan dengan terma dan syarat bagi sesuatu GMO akan diberikan selepas Jawatankuasa Teknikal iaitu Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik membuat penilaian risiko ke atas penggunaan GMO tersebut. Hanya GMO yang mempunyai risiko yang rendah dan didapati selamat, khususnya dari aspek impaknya terhadap kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan serta ekosistem dan biodiversiti akan diperaku untuk diluluskan.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, Lembaga Biokeselamatan juga meluluskan Pelan Tindak balas Kecemasan (Emergency Response Plan) yang harus dilaksanakan apabila berlaku sebarang perkara yang membahayakan dan dinyatakan dalam Seksyen 37, Akta 678. Selain itu, jika terdapat maklumat atau keterangan baru tentang risiko suatu GMO yang telah diluluskan sebelum ini, khususnya ke atas kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi selepas kelulusan diberi, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan boleh mengkaji semula kelulusan itu pada bila-bila masa

dan boleh membatalkan kelulusan tersebut seperti yang dinyatakan dalam Seksyen18(2), Akta 678.

Seksyen 12, Akta 678 juga memperuntukkan supaya GMO yang tidak diluluskan di Malaysia tidak boleh diimport masuk dan boleh ditahan di pintu masuk negara. Mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 12(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda antara RM250,000 hingga RM500,000 apabila disabitkan kesalahan.

Sekian, terima kasih.

Attachments