Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

31 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

16

Soalan

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) keluasan kerja-kerja tambak laut yang telah dijalankan sejak tahun 2001 sehingga 2015 dan apakah kesan-kesan yang dikenalpasti yang merosakkan alam sekitar dan impak sosial; dan

(b) berikan keluasan kerja-kerja tambak laut setiap negeri dan juga keluasan yang telah lulus untuk projek tambak laut tahun 2016.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Keluasan keseluruhan aktiviti ini berdasarkan kepada Laporan EIA yang telah diluluskan sejak tahun 2001 sehingga 2015 adalah 6406.95 hektar. Antara kesan daripada pelaksanaan aktiviti tersebut adalah:-

(i) Hakisan pantai dan pemendakan dasar laut;

(ii) Penurunan kualiti air akibat aktiviti fizikal penambakan terutamanya bagi parameter Total Supended Solid (TSS);

(iii) Sosio ekonomi nelayan terjejas akibat kemusnahan kawasan penangkapan ikan;

(iv) Banjir di hulu sungai akibat kadar aliran air sungai semakin menurun akibat laluan air sungai semakin sempit dan terganggu; dan

(v) Kemusnahan kawasan ekologi di kawasan penambakan terutamanya bagi hidupan marin.

Untuk makluman Yang di-Pertua, kelulusan kerja-kerja tambakan laut adalah di bawah bidang kuasa mutlak Pihak Berkuasa Negeri yang diselaraskan melalui Pihak Berkuasa Tempatan. Kesan-kesan akibat kerja-kerja penambakan laut adalah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Berdasarkan kepada laporan kajian hidraulik yang dijalankan oleh pihak pemaju, kawasan yang 3

dikenalpasti akan mempunyai kesan negatif akan disyaratkan untuk dilaksanakan kerja-kerja mitigasi yang bersesuaian

(b) Kelulusan kerja-kerja tambak laut adalah dibawah bidang kuasa mutlak Pihak Berkuasa Negeri yang diselaraskan melalui Pihak Berkuasa Tempatan. Berdasarkan kepada Laporan EIA yang telah diluluskan sehingga 29 Februari 2016, keluasan tambak laut atau penebusgunaan kawasan pantai adalah 677.2 hektar bagi negeri Johor, manakala bagi negeri-negeri lain, Laporan EIA belum lagi diluluskan.

Sekian, terima kasih.

Attachments