Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

31 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

19

Soalan

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha mengawal kawasan tadahan air hujan agar kawasan hutan yang ada tidak diterokai tanpa kerosakan.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengenal pasti seluas 816,833 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Hutan Tadahan Air. Kementerian juga telah mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan kawasan tadahan air ini dilindungi, dipelihara dan diuruskan secara terbaik melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan, antaranya seperti berikut:

(i) mewartakan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai Hutan Tadahan Air mengikut keperluan seksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984. Sehingga kini, seluas 734,731 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air. Kemajuan status pewartaan kawasan Hutan Tadahan Air dipantau melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara setiap tahun;

(ii) Jabatan Perhutanan Negeri dikehendaki menyediakan preskripsi pengurusan yang khusus bagi kawasan Hutan Tadahan Air dalam Rancangan Pengurusan Hutan di Negeri masing-masing mengikut format penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan;

(iii) pemantauan dan kawalan kawasan Hutan Tadahan Air di peringkat negeri dilaksanakan secara berkala bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku dalam kawasan tersebut, di mana Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kawasan Hutan Tadahan Air Dalam

 

Hutan Simpanan Kekal telah dikuatkuasakan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 2 Tahun 2015; dan

(iv) menubuhkan stesen pemantauan hidrologi di negeri bagi memantau kualiti air sungai dalam Hutan Simpanan Kekal secara berkala.

Sekian, terima kasih.

Attachments