Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

31 March 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

36

Soalan

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan fenomena air pasang besar dan ombak besar yang berlaku di sepanjang pantai Kelantan. Apakah benteng dan 'groyne' yang yang sedia ada dan bakal dibina mampu menghadapi ancaman pada masa hadapan.

Jawapan

 
Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,kesan fenomena air pasang besar dan ombak besar yang berlaku di sepanjang pantai Kelantantelah memberikesan kepada Pantai Kundor, Kelantan.Kerajaan telah memperuntukan kerja-kerja kecemasan dikawasan terlibat dengan kos sebanyak RM1 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormatjuga,hakisan yang berlaku disebabkan faktor semula jadi sentiasa ditangani oleh kerajaanuntuk melindungi penduduk di sekitar kawasan hakisan. Projek seperti membina benteng penahan ombak, lapis lindung batu, penambakan pasir dilaksanakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman pada masa hadapan bergantung kepada keadaan tahap keseriusanhakisan dan peruntukan kewangan.

Sekian, terima kasih.

Attachments