Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

27

Soalan

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) apakah perancangan projek tebatan banjir yang telah dirancang dalam RMK 11 untuk mengatasi masalah banjir di seluruh negara terutamanya di kawasan Bintulu dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan; dan

(b) apakah perancangan Kementerian untuk melaksanakan projek mendalamkan sungai-sungai di kawasan Bintulu seperti Sungai Kemena dan Sungai Sebiew dan bilakah projek tersebut akan dijalankan.

Jawapan

 
Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

a) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM27.5 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Bintulu. Pada masa ini, projek berkenaan masih dalam peringkat reka bentuk akhir dan kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan sebelum akhir tahun 2016.

b) Mengenai perancangan untuk mendalamkan sungai-sungai di Bintulu seperti Sungai Kemena dan Sungai Sebiew, ianya masih dalam peringkat perancangan. Ini kerana keberkesanan kerja mendalam dan mengorek sungai dalam mengatasi banjir memerlukan kajian terperinci terlebih dahulu kerana ia melibatkan permodelan hidrodinamik sungai. Agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam perancangan melaksanakan Pelan Induk Saliran (Stromwater Drainage Masterplan Study) bagi seluruh kawasan Bintulu.

Sekian, terima

Attachments