Tuan Yang Dipertua,
Semakan terkini Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974 yang dibuat adalah bagi memperkukuh, memantap dan memudahcara pelaksanaan kerja penguatkuasaan yang lebih efektif dan memberikan penekanan terhadap perkara-perkara berikut:
1. Pelaksanaan amalan industri hijau yang bertujuan sebagai preventif, mengambilkira pengurusan alam sekitar yang dinamik, perubahan iklim dan kehendak sosial dalam pengoperasian industri;
2. Kawalan terhadap buangan e-Waste daripada isi rumah sebagai penyumbang terbesar pembuangan barang elektronik dan elektrik;
3. Pindaan terhadap jumlah penalti/ denda selaras dengan kewujudan green court dengan denda yang optima sebagai menunjukkan kesalahan mencemarkan alam sekitar adalah merupakan kesalahan yang serius;
4. Mengiktiraf kepakaran pegawai Jabatan dan orang awam melalui lantikan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling bagi memantapkan kes-kes pendakwaan;
5. Memantapkan penguatkuasaan dan mengemaskini kuasa-kuasa Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling seperti meluluskan garis panduan pengurusan alam sekitar, dokumen aturan tetap operasi
3
berkaitan pemeriksaan, penyiasatan, pemantauan prestasi, rekabentuk, penggunaan peralatan pengukuran in-situ dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.