Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

05 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

39

Soalan

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apa kedudukan terkini mengenai peruntukan Fasa 2 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang, Jelutong, yang telah tertunda-tunda sejak RMK-9 (2005-2010) supaya projek tersebut dapat dijalankan tanpa lengah lagi.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Kementerian telah mengemukakan permohonan RTB Lembangan Sg. Pinang sebagai projek baru dalam RMKe-11. Namun begitu, ianya tidak diluluskan dalam Rolling Plan I, RMKe-11.

Sekian, terima kasih.

Attachments