Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

05 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

52

Soalan

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perubahan keluasan tanah gambut, hutan simpanan kekal, hutan lipur, hutan bakau, dan paya dalam tempoh 1995 hingga 2016.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 4.65 juta hektar pada tahun 1995 kepada 4.93 juta hektar tahun 2014, manakala maklumat bagi tahun 2015 dan 2016 maklumat berkaitan masih belum dimuktamadkan. Kawasan ini merangkumi Hutan Darat, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Laut.

Bagi tempoh yang sama, keluasan hutan paya gambut telah meningkat daripada 0.17 juta hektar kepada 0.26 juta hektar dan hutan paya laut meningkat daripada 0.09 juta hektar kepada 0.11 juta hektar. Peningkatan keluasan ini adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan dengan sokongan dan kerjasama Kerajaan Negeri dalam mewartakan kawasan hutan tanah kerajaan sebagai Hutan Simpanan Kekal untuk kepentingan masa depan negara.

Sementara itu, keluasan Hutan Lipur pula berkurang dari kira-kira 0.26 juta hektar tahun 1995 kepada 0.08 juta hektar tahun 2014. Pengurangan ini adalah disebabkan semakan semula keluasan kawasan hutan lipur dan hanya mengambikira keluasan hutan lipur yang telah dan akan dibangunkan sahaja manakala kawasan selebihnya iaitu kira-kira seluas 0.18 juta hektar tersebut masih kekal sebagai Hutan Simpanan Kekal.

Sekian, terima kasih.

Attachments