Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

8

Soalan

Datuk Dr. Ewin Ebin [ Ranau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pelan tindakan yang dirangka oleh pihak Kementerian dalam menghadapi fenomena El-Nino dan La-Nina yang dijangka melanda negara kita pada tahun ini (seperti yang diramalkan oleh Dr.Fredoline Tangang-Professor Climatology and Oceanography Universiti Kebangsaan Malaysia) bagi mengurangkan kemusnahan alam sekitar dan harta benda.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menangani fenomena El-Nino pada tahun ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan Bil 1 Tahun 2016 pada 18 Februari 2016 yang lalu. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelan tindakan pencegahan jerebu semasa cuaca panas dan kering serta fenomena El-Nino yang diramal berlanjutan sehingga bulan April 2016. Antara tindakan tersebut adalah seperti berikut:-

a) Mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka di seluruh negara mulai 12 Januari 2016. Ia meliputi aktiviti-aktiviti rondaan darat bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya ke kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti mudah terbakar, tindakan mahkamah bagi kes-kes pembakaran terbuka di kawasan tapak binaan, industri dan ladang manakala bagi kes-kes pembakaran terbuka yang kecil tindakan kompaun akan dikenakan; mengeluarkan secara serentak surat-surat arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab ke atas tapak pelupusan sampah supaya mengambil langkah pencegahan serta sentiasa mengawal rapi dan memastikan tapak-tapak pelupusan tidak terbakar bagi mengelakkan jerebu, mempertingkatkan kempen-kempen kesedaran khususnya melalui radio tempatan bagi mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan pembakaran terbuka, penglibatan masyarakat setempat melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) bagi membantu memantau kes-kes pembakaran terbuka dan

memperkemaskan sistem dan saluran komunikasi penerimaan aduan pembakaran terbuka dari orang ramai;

b) Pemantauan rapi ke atas kawasan-kawasan tanah gambut yang sering terbakar melalui pengaktifan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Program Pencegahan dan Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar;

c) Penguatkuasaan semasa musim panas dan kering dipertingkatkan ke atas punca-punca pencemaran udara yang lain iaitu pelepasan asap dari kenderaan bermotor, pelepasan habuk dari kerja-kerja tanah dan pelepasan asap dari premis industri; dan

d) Pemantauan melalui udara (aerial surveillance) dilaksanakan bagi mencegah kebakaran hutan terutama di kawasan sering terbakar dan kawasan pedalaman yang berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Semasa Monsun Barat Daya, sekiranya kesan El Nino menjadi serius sehingga berlaku masalah jerebu dan kekurangan bekalan sumber air di beberapa empangan, MetMalaysia turut akan bekerjasama dengan TUDM untuk menjalankan operasi pembenihan awan untuk menghasilkan hujan selaras dengan arahan Peraturan Tetap Operasi Jerebu Kebangsaan.

Sekian, terima

Attachments