Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

59

Soalan

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah punca utama sehingga berlakunya ancaman bahaya pencemaran bauksit yang begitu teruk di daerah Kuantan, Pahang.

Jawapan

​Ahli Yang Berhormat,

Kementerian memandang serius terhadap pencemaran akibat daripada aktiviti pengekstrakan, penyimpanan, pengangkutan dan pengendalian bauksit di pelabuhan Kuantan. Kesan daripada aktiviti pengekstrakan bauksit ini telah menyebabkan fenomena ‘merah’ di jalan-jalan, di samping menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan air serta menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Kementerian telah mengenalpasti keadaan ini, antara lainnya, berpunca daripada penggunaan lori yang tidak bersesuaian untuk mengangkut bauksit, pengurusan tapak stokpil yang tidak sempurna dan infrastruktur pengendalian bauksit di pelabuhan yang tidak mencukupi. Selain itu, aktiviti pengekstrakan bauksit secara haram juga turut menyumbang kepada pencemaran di Kuantan, Pahang.

Dalam hal ini, NRE telah menyemak semula semua peraturan / prosedur / garis panduan yang melibatkan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit sebagai langkah mitigasi pencemaran. Prosedur / garis panduan ini akan meliputi pelbagai aspek termasuk pengurusan di tapak pengekstrakan bauksit, pengangkutan dan pengurusan stokpil di dalam dan luar pelabuhan. Pelaksanaan prosedur / garis panduan / syarat baharu kelak akan menyebabkan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit menjadi lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap alam sekitar serta kesejahteraan penduduk Kuantan.

Attachments