Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

116

Soalan

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah projek yang dirangka bagi menaik taraf sistem saliran atau perparitan di Johor bagi mengatasi masalah banjir yang melanda saban tahun dan nyatakan jenis perbelanjaan secara terperinci telah Kementerian laksanakan bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan tumpuan banjir

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem saliran dan perparitan di Johor bagi mengatasi masalah banjir kilat adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, JPS membantu dalam khidmat teknikal.

Selain itu, bagi banjir akibat limpahan sungai, JPS telah diperuntukkan RM310 juta dalam RMKe-11 bagi menjalankan projek RTB di negeri Johor termasuk dua projek sambungan iaitu Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar Fasa II dan Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kesang.

Sekian, terima kasih.

Attachments