Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

128

Soalan

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha kolobrasi yang dilaksanakan oleh Kementerian bersama Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan projek koridor ekologik di bawah "Central Forest Spine" atau CFS.

Jawapan

​Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Central Forest Spin​e yang bertujuan untuk mewujudkan koridor ekologi hutan di beberapa negeri yang terlibat memerlukan komitmen dan kerjasama erat daripada pelbagai pihak khususnya Kerajaan Negeri.

Bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan projek Central Forest Spine ini, Kementerian telah mewujudkan satu kerangka kerja institusi dengan mewujudkan tiga peringkat Jawatankuasa seperti berikut:

(i) Jawatankuasa Pemandu Nasional Pelaksanaan Central Forest Spine yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jawatankuasa Pemandu Nasional ini berperanan untuk menyelaras pelaksanaan koridor ekologi Central Forest Spine termasuk kerjasama dan masalah yang dihadapi melibatkan antara negeri dan jabatan. Keahlian Jawatankuasa ini termasuklah wakil daripada Kementerian, jabatan dan agensi persekutuan yang berkaitan dan wakil daripada Setiausaha Kerajaan Negeri;

(ii) Jawatankuasa Teknikal Nasional Pelaksanaan Central Forest Spine yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Teknikal Nasional berperanan menyelaras perkara-perkara teknikal berkaitan pelaksanaan koridor ekologi CFS dengan kerjasama agensi-

agensi di peringkat Persekutuan dan negeri di Semenanjung Malaysia. Keahlian jawatankuasa ini termasuklah wakil daripada Kementerian, jabatan dan agensi persekutuan yang berkaitan dan wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perhutanan Negeri; dan

(iii) Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Pelaksanaan Central Forest Spine dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertujuan menyelaraskan pembangunan koridor ekologi CFS dengan kerjasama jabatan dan agensi di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih.

Attachments