Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

129

Soalan

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan dalam kajian dan pembangunan bagi memastikan zon penampan sungai (river buffer zone) di Malaysia berada di tahap yang baik.

Jawapan

​Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) aktif menjalankan pelbagai kajian penyelidikan, pembangunan dan pengkormesialan (Research, Development and Commercialization, R & D and C) bagi memastikan penguru​​san yang berterusan untuk zon penampan sungai (river buffer zones) serta mengekalkan ekosistem persekitaran sungai yang sihat dan mampan di Malaysia.

Selain daripada itu NRE melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sentiasa memastikan zon penampan sungai (river buffer zones) di Malaysia berada di tahap yang baik melalui garispanduan pembangunan seperti Garis Panduan Melibatkan Sungai Dan Rizab Sungai dan Garis Panduan Pembangunan Berhadapan sungai.

Sekian, terima kasih .

Attachments