Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

141

Soalan

​Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan

(a) Apakah dasar negara mengenai dengan pelepasan air kumbahan sebelum dibenarkan untuk dilepaskan ke dalam sungai-sungai


(b) sama ada Kementerian akan menyediakan dana bagi merawat air sungai Sembulan yang sangat tercemar sebelum dialirkan ke laut.

Jawapan

​​​​Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara dasarnya, semua kumbahan diwajibkan diolah atau dirawat terlebih dahulu agar mematuhi had-had pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Untuk memastikan kesemua loji-loji rawatan kumbahan ini berupaya untuk mematuhi standard pelepasan yang telah ditetapkan, anggaran peruntukan berjumlah RM64 bilion diperlukan hingga tahun 2040 untuk membangunkan aset-aset pembetungan.


Pembinaan sistem pembetungan serantau baharu yang turut melibatkan penutupan loji-loji rawatan kumbahan bersaiz kecil mampu meningkatkan pematuhan piawaian pelepasan efluen pembetungan ke alur air dan sungai. Langkah ini dijangka mengurangkan kesan pencemaran daripada kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna ke dalam sungai. Antara teknologi moden yang diguna pakai di loji rawatan kumbahan serantau ialah Sequencing Bio-Reactor (SBR) dan Membrane Bio-Reactor (MBR).


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) adalah bertanggungjawab dalam memastikan air kumbahan dirawat


terlebih dahulu selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai-sungai atau badan air yang lain.


(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan dan pengawalseliaan infrastruktur pembetungan di Negeri Sabah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri Sabah iaitu melalui Cawangan Pembetungan di bawah JKR Sabah. Peranan Kerajaan Pusat adalah terhad kepada menyalurkan pinjaman tanpa faedah kepada Kerajaan Negeri berdasarkan senarai keutamaan projek-projek pembetungan yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Sabah.


Sekian, terima kasih.

Attachments