Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

163

Soalan

​Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk Sungai Sepagaya akan dapat dilaksanakan, memandangkan projek ini sangat penting dalam mengatasi masalah banjir kilat yang selalu dihadapai oleh penduduk Kampung Sepagaya.​​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedia maklum berkenaan masalah banjir yang dihadapi di bandar Lahad Datu terutama di kawasan Sungai Sepagaya. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) an Kementerian melalui Kementerian telah mengemukakan cadangan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lahad Datu dalam permohonan RMKe-11, walau bagaimanapun ianya belum lagi dapat dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments