Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian sentiasa komited dalam usaha membuat promosi secara berterusan melalui program outreach atau ‘turun padang’ kepada masyarakat dalam memberi kesedaran kepada umum agar bersegera membuat tuntutan harta pusaka sebaik berlaku kematian kepada pemilik harta.
Pada tahun 2015, sebanyak 136 program telah dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia yang hasilnya menunjukkan peningkatan dalam jumlah permohonan sebanyak 61,443 kes berbanding 58,690 kes pada tahun sebelumnya.
Sepanjang tahun 2010 hingga 2015, Kementerian telah menyelesaikan sejumlah RM42.1billion harta pusaka berbanding jumlah keseluruhan RM54.1billion.
Sekian, terima kasih.