Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

307

Soalan

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status terkini mengenai peruntukan dan rancangan Kerajaan bagi tujuan mengatasi banjir di kawasan bermasalah seperti Manggatal, Penampang, Beaufort dan sebagainya di Sabah. Nyatakan rancangan dan peruntukan bagi pembinaan dan naiktaraf sistem pengairan dan saliran yang sedang dan akan dijalankan di seluruh Sabah.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,​​ Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), telah diperuntukkan sebanyak RM29.0 juta untuk program Rancangan Tebatan Banjir Pelbagai Negeri Sabah pada tahun 2016 yang merangkumi kawasan Penampang, Beaufort dan Keningau yang merupakan projek sambungan dari RMKe-10. Walau bagaimanapun, setelah mengambilkira keperluan sebenara projek bagi negeri Sabah pada tahun 2016, peruntukan tersebut telah diselaraskan semula kepada RM13 juta yang merangkumi kawasan Penampang, Beaufort dan Keningau.


Status terkini bagi program Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pelbagai Negeri Sabah adalah seperti berikut:


1. RTB Sungai Petagas (Kampung Tebongon Putatan) dengan kos projek berjumlah RM100,000.00 telah siap sepenuhnya;


2. RTB Sungai Darau (Kg Pulutan) dengan kos projek RM4.1 juta telah mencapai 83.30%;


3. RTB Sungai Kibabaig dengan kos projek RM3.7 juta telah mencapai 65%;


4. RTB Lembangan Sungai Padas Beaufort dengan kos projek berjumlah RM4.7 jutatelah mencapai 63.5%; dan


 


5. RTB Keningau yang melibatkan Kerja Penstabilan Tebing Sg Pegalan di Durok dan Kg Kepayan kedua-duanya telah mencapai 99% dengan kos projek sebanyak RM 400, 000.00.


Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM377 juta dalam RMKe-11 bagi projek-projek RTB di seluruh negeri Sabah.


Sekian, terima kasih.

Attachments