Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

376

Soalan

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah baki tanah rizab Melayu mengikut pecahan negeri bermula tahun 2005 sehingga 2015.

Jawapan

​Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Urusan perizapan Tanah Rizab Melayu (TRM) terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.

Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah.

Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Attachments