Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

447

Soalan

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa labeling barangan yang mengandungi bahan yang dibuat dengan penggunaan organisma diubahsuai (GMO) masih belum dikuatkuasakan walaupun terkandung dalam Seksyen 61 Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678).

Jawapan

​Tuan Yang Di-Pertua,
Seksyen 61 Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] mengkehendaki supaya semua organisma diubahsuai (Genetically Modified Organisms GMO), barangan yang mengandungi GMO dan produk yang terbit daripada GMO yang diluluskan sahaja perlu dilabel.
Sehingga Disember 2015, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan telah meluluskan sebanyak 22 permohonan untuk penggunaan GMO iaitu 68.2% bagi tujuan makanan dan makanan haiwan iaitu Genetically Modified Food (GMF), 13.6% bagi ujikaji lapangan, 4.6% bagi memasarkan bunga carnation (GMO), 9% bagi biopesticide (GMO) untuk nyamuk dan 4.6% biofertiliser (GMO).
Pelabelan GMF adalah tertakluk kepada Akta Makanan 1983 di bawah Kementerian Kesihatan. Pelabelan bagi bunga carnation GMO tidak menjadi isu kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak meluluskan permit mengimport bagi produk ini atas sebab-sebab tertentu.
Bagi produk selain daripada ujikaji lapangan, keperluan pelabelan dilaksanakan dengan memasukkan keperluan ini dalam syarat dan terma kelulusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Biokeselamatan di bawah Akta 678.
Sekian, terima kasih.

Attachments