Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

483

Soalan

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kadar pembasmian hutan bagi setiap negeri sepanjang 5 tahun yang lalu.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Artikel 74(2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hal ehwal tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sehingga tahun 2014, jumlah kawasan berhutan di Malaysia adalah 18.27 juta hektar. Daripada keluasan tersebut seluas 12.90 juta hektar adalah merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Ordinan Hutan Sarawak 1958. Kawasan yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal diuruskan melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Kerajaan komited untuk mengekalkan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang sedia ada bagi membolehkan hutan memainkan peranan dan fungsinya yang pelbagai termasuk menangani impak perubahan iklim. Aktiviti pengusahasilan hutan dengan mengeluarkan pokok-pokok yang telah mencapai usia matang akan membuka ruang dan peluang kepada anak-anak pokok dan pokok kecil untuk terus membesar.

Di samping itu, pelbagai usaha dilaksanakan oleh jabatan perhutanan bagi memulihkan semula kawasan-kawasan hutan yang terosot dan miskin. Semua jabatan perhutanan negeri memberi penekanan kepada usaha penghutanan semula bagi meningkatkan kualiti hutan dan penghijauan semula kawasan hutan terosot, miskin dan kawasan lapang. Sebagai contoh, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia merancang untuk menanam 5 juta pokok di kawasan terosot, miskin dan lapang di dalam

dan luar kawasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia untuk tahun 2016.

Sekian, terima kasih

Attachments