Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

19 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

23

Soalan

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan baru-baru ini ada dilaporkan bahawa beberapa pembakaran secara terbuka telah diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa. Adakah tindakan hanya akan diambil untuk pembakaran terbuka yang berskala besar seperti pembakaran ladang dan sebagainya, manakala pembakaran terbuka di kawasan perumahan atau di halaman kediaman adalah dibenarkan

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Melakukan pembakaran terbuka samada berskala besar atau berskala kecil seperti pembakaran terbuka di kawasan perumahan atau di halaman kediaman merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan mahkamah boleh diambil ke atas pihak yang melakukan pembakaran terbuka tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti pembakaran yang dibenarkan seperti pembakaran daun, dahan pokok dan pangkasan halaman di kampung-kampung di luar bandar yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut.

Sekian, terima kasih.

Attachments